Mama Bantu Semua. Alhamdulillah pada tahun ini Nasi Kukus Dapur Mama berbesar hati menganjurkan Program Infaq Ramadhan – Keberkatan Rezeki Di Kongsi Bersama. Pihak Dapur Mama akan menghantar makanan untuk berbuka puasa ke pusat-pusat asnaf yang terpilih pada setiap hari Jumaat sepanjang bulan Ramadhan. Kami di Dapur Mama ingin menjemput anda semua untuk bersama kami meraih keberkatan amalan di bulan Ramadhan dengan berkongsi rezeki dengan yang memerlukan.

Semoga sedikit sumbangan kita bukan saja dapat membantu mereka yang memerlukan, bahkan juga dapat membantu diri kita di akhirat kelak. InshaAllah.